Popular Posts

Friday, March 27, 2020

Kalau Kita Menjadi Kayu




Buku boleh membawa kita ke alam yang tersendiri. Jauh dari segala titik bengik kehidupan. Jauh dari segala keributan di hati. Membawa kita ke suatu sudut yang amat peribadi. Hanyut di dalam barisan2 kalimah yang mengasyikan. Larut menjadi satu dengan dunia si penulis.

Seorang penulis yang matang mampu membawa pembaca ke alam fikirnya. Begitulah antara cerpen2 dalam buku kali ini. Semakin halus, semakin dalam. Di sini, saya juga ingin membawa satu nama yang mungkin tak asing untuk pembaca novel tegar. Faisal Tehrani. Beliau merupakan seorang penulis yang amat produktif. Beberapa penulisan beliau pernah diharamkan (..indikator nilai penulisan yang perlu diambil perhatian). Saya pernah terbaca penulisan beliau sebelum ini. Cuma kali ini saya lebih tertarik kerana mendapati gaya penulisan beliau banyak bertemakan hubungan manusia dengan Allah. Jalan ceritanya pun berada di tahap yang lain. Tidak seperti novel2 lain yang agak "predictable" dengan watak2 protagonis, antagonis, cinta remaja dan sebagainya.

Points to learn:
  • sastera merupakan satu alternatif jihad
Rating: ✮✮✮
Books tally : 23/100
Countdown : 279 days left


#100booksin2020challenge


No comments:

Post a Comment