Popular Posts

Friday, August 12, 2022

RD June 2022

 





Laut & Cinta Kita

 



Alhamdulillah, buku kedua saya. Antologi puisi bersama rakan pengkarya dari berbagai negeri, pelbagai bangsa. Benar kata pujangga, bahasa bisa menyatukan bangsa!

RD July 2022

 





Gugusan Puisi Langit - Rajendra Nath Tagore

 



Kumpulan puisi berbentuk ketuhanan. Penulis seorang peminat tegar karya Rajendranath Tagore (asal nama penanya). Bait-bait sarat dengan unsur sufism dan mengisahkan cinta paling agung. Kelazatannya hanya buat mereka yang mampu lemas di dalam kasihNya.

Ayahanda - Azizi Hj Abdullah

 



Teruja bila tengok drama bersiri "Ayahanda" yang berkisar cerita dari novel yang bertajuk sama. Seusai menonton siri terakhir, saya terus mencari buku ini. Kebetulan "terjumpa" di perpustakaan mini di rumah pusaka di Nyalas (terima kasih kepada informer hehe, Kak Ara).

Pembacaan novel ini tidak mengambil masa yang lama (sebab faktor keterujaan) kerana nak tahu kisah selanjutnya dengan setiap helaian yang diselak. Rupanya drama tersebut tidak mencedok 100% dari novel, ada sedikit "touch-up" di sana-sini. Maklumlah, nak bagi lebih menarik buat penonton. Namun, penceritaan dalam novel ini sudah cukup bagus. Apatah lagi babak terakhir..The End..tersangat menyentuh hati!

Wednesday, July 13, 2022

Freakonomics - Steven D Levitt & Stephen J Dubner

 


A novel perspective. Looking at everyday issues in a different angle. Interesting and mind-opening. As the saying goes, there's always two sides of the coin. Backed with convincing arguments but the reader is advised to apply critical thinking before jumping the bandwagon!

Monday, June 27, 2022

9 Bulan 10 Hari



Beberapa penulis bergabung mengisahkan pengalaman semasa mengandung. Cabaran dan kesukaran yang dilalui sering terlepas pandang. Begitu juga pengorbanan para ibu sehingga terkadang nyawa di hujung tanduk. Ada juga coretan yang mencuit hati seperti pengalaman seorang isteri yang suaminya pula yang mabuk muntah sewaktu beliau mengandung!