Teruja bila tengok drama bersiri "Ayahanda" yang berkisar cerita dari novel yang bertajuk sama. Seusai menonton siri terakhir, saya terus mencari buku ini. Kebetulan "terjumpa" di perpustakaan mini di rumah pusaka di Nyalas (terima kasih kepada informer hehe, Kak Ara).
Pembacaan novel ini tidak mengambil masa yang lama (sebab faktor keterujaan) kerana nak tahu kisah selanjutnya dengan setiap helaian yang diselak. Rupanya drama tersebut tidak mencedok 100% dari novel, ada sedikit "touch-up" di sana-sini. Maklumlah, nak bagi lebih menarik buat penonton. Namun, penceritaan dalam novel ini sudah cukup bagus. Apatah lagi babak terakhir..The End..tersangat menyentuh hati!
No comments:
Post a Comment