Popular Posts

Sunday, May 8, 2022

Biografi Syed Mokhtar Albukhary - Premilla Mohanlall

 



Highly recommended. Terutama bagi yang dalam dunia perniagaan. Begitu juga buat mereka yang memerlukan sedikit "push" atau motivasi dalam hidup. Mengisahkan bagaimana seorang yang asalnya serba kekurangan, kelayakan tidak sampai SPM (akibat kekangan hidup) namun mampu menongkah arus menjadi salah seorang ikon kejayaan di Malaysia. Yang menarik beliau juga banyak bersedekah dan membantu yang kurang berkemampuan walaupun ketika beliau belum berjaya dan kukuh kewangan. Uniknya segala kejayaan dan kekayaan tidak mengubah keperibadiannya. Beliau tetap dengan sifat kesederhanaan dan juga terkenal kuat agamanya. Banyak lagi iktibar yang boleh kita pelajari dari biografi ini. In shaa Allah membantu anda menjadi insan yang lebih berjaya!

Sejadah - Saat Omar

 



Sebuah penceritaan dengan ide yang kreatif. Sangat menarik dengan beberapa isu yang berjalan serentak serta saling terkait. Permulaan yang bagus. Kesinambungan cerita lancar dan mengujakan. Pengakhiran yang agak "mendadak" namun baik. Secara umumnya, bacaan yang menarik.

Saturday, April 23, 2022

Origin Story - David Christian

 



Nope. It has nothing to do with Christianity. Far from it, the author attempts to approach the birth of the world we know (and the universe) in his own "scientific, evidence-based" explanation. The deep thoughts embedded in the recesses of his mind (obviously from hours of reading books authored by like-minded scholars) has certainly given him a convenient avenue in looking at the existence of man. 

Big History is a subject initiated in the attempt to understand, in a unified way, the history of the Cosmos, Earth, Life and Humanity. This project was co-founded by Bill Gates and David Christian. There is no denial that the book is packed with science, studies and jargons. Certainly makes it very impressive for the novice!

Unfortunately, it is replete with "gaps" and sheer improbabilities. At the most, many of the explanations would only be worthy as hypothesis (if not wishful thinking). Arguably, there are numerous contradicting evidence that needs to be addressed as well. Nevertheless, it does make a good read.

In a nutshell, it's another attempt by man to "justify" his existence.

Nice try. though!

Haji Cergas - Persediaan Ke Tanah Suci

 



Judul buku jelas mengenai persiapan ke tanah suci, khususnya dari aspek fizikal. Uniknya buku ini ditulis oleh tiga orang pensyarah yang mempunyai latarbelakang akademik dalam bidang Sains Sukan & Rekreasi serta fisiologi senaman. Mereka juga pernah mengerjakan ibadah haji. Justeru itu, nasihat dan panduan yang termuat dalam buku ini menggabungkan ilmu jitu dengan pengalaman sendiri para penulis. Sangat sesuai bagi mereka yang akan mengerjakan ibadah haji (mahu pun yang sudah berniat). Yang belum "seru" tu, boleh jer jadikan amalan untuk kesihatan fisik & mental.

Sunday, April 17, 2022

Mendampingi Al-Quran - Mohd Solleh Ab Razak

 



Judul buku sudah menjelaskan objektif penulis. Secara umumnya, usaha yang baik. Namun masih banyak ruang untuk diperbaiki terutamanya dalam "mengajak" kita menjadikan Al-Quran sebagai pendamping serta amalan seharian. Bacaan ini boleh memangkin pembaca ke arah itu dengan mencari buku-buku yang berkaitan serta mendalami serta menghayati Al-Quran itu sendiri.

Sunday, April 10, 2022

Cucur Udang Rangup

 



Sebuah buku daripada siri 8 buah buku mengisahkan pengalaman serta kenangan di sebalik setiap resipi kegemaran penulis. Di sebalik setiap resipi, itulah ibunya. Yang memastikan suami dan anak-anak terurus makan minum walau dalam apa keadaan sekali pun. Acapkali kesempitan hidup melahirkan kreativiti dalam mengolah "apa yang ada" menjadi makanan yang sungguh menyelerakan. Itulah magis!

Di samping pembaca mendapatkan pengajaran dari setiap kisah, pelbagai resipi unik turut menambah khazanah ilmu dapur.