Novel bertemakan ketuhanan. Judul buku yang lain daripada yang lain dan imej penulis yang menjadi cover buku amat unik. Menjadi daya penarik membuatkan rasa ingin tahu.
Isinya berputar sekitar isu ilmu (khususnya agama) dan kefahaman (dibaca keyakinan). Ramai agamawan berilmu tapi ini tidak menjamin "kefahaman" yang mendalam hakikat wujudnya Tuhan. Sebaliknya, ada juga mereka yang "kurang ilmunya", namun keyakinannya sungguh dalam sebening embun. Setiap yang dilihat dan terjadi wujud "tangan" Allah. Setiap laku dan tingkah semahunya di dalam wadah ridhaNya. Begitulah penulis menyampaikan satu persoalan yang turut menjadi jawapan terhadap segala penyakit sosial dewasa ini.
Susunan kalimah sungguh indah menghampiri bahasa puitis. Mesej disampaikan secara kiasan dan halus mampu menyentuh jiwa pembaca. Ilmu makrifat dengan pelbagai pandangan berjaya disampaikan penulis. Sufisme yang turut bergolak dalam kancah intepretasi para ilmuwan diberikan nafas baru di dalam novel ini.
Books tally : 86/100
No comments:
Post a Comment