Kumpulan puisi SN Zurinah Hassan. Sebelum ini, memang saya tak berapa nak membaca karya berbentuk sajak. Mungkin sebab terlalu abstrak untuk memahami atau melihatnya hanya sebagai satu bentuk penulisan yang tidak membawa apa2 input positif dalam diri.
Namun, secara tidak sedar saya telah mula meluahkan coretan hati dalam bentuk sajak sejak di bangku sekolah lagi. Dalam bahasa Inggeris mahu pun bahasa Malaysia (tersenyum sendiri bila membacanya). Dalam pada itu, ada hamba Allah yang punya naluri mengenal "jiwa2 sajak" memberi dorongan mengasah bakat (..kononnya hehe). The rest is history..
Kini sajak menjadi salah satu bacaan harian saya. Minat tersebut makin menajam dengan kemampuan menyelami perasaan si penulis sajak. Apatah lagi mesej yang beliau ingin sampaikan. Rupa2nya sajak bukanlah sekadar cakaran jiwa2 yang kacau. Malahan ia adalah pencetus fikir yang mampu merubah persepsi sesuatu bangsa.
Bacalah karya SN Zurinah Hassan. Anda pasti tidak akan kecewa.
Books tally : 81/100Countdown : 99 days left
JAN 6
FEB 5
MAR 6
APR 10
MAY 11
JUNE 10
JULY 8
AUG 14
SEPT 8
OCT 2
#100Books2021Challenge