Judul buku jelas. Perkongsian para pengunjung sama ada pembeli mahu pun penulis ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang diadakan setiap tahun (tahun 2020 tertangguh sehingga sekarang kerana pandemik).
Bagi pencinta buku, ini adalah perayaan besar setahun sekali. Ini syurga buat para "bibliophiles" (ulat buku). Kuala Lumpur terpilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 tapi ironinya Malaysia mempunyai purata pembacaan buku antara terendah didunia (NOP World Culture Score Index). Dekad Membaca Kebangsaan dilancarkan dengan harapan tercapai matlamat Malaysia Negara Membaca 2030.
Apakah tercapai tidak terletak di tangan masing-masing. Pegang buku di tangan anda (bukan gadget). Jadi teladan buat anak-anak. Budayakan membaca, membaca jadikan satu budaya!
No comments:
Post a Comment