Menarik. 3 penggiat puisi dengan signatur tersendiri melakarkan bait2 yang mengundang si pembaca menyelam dunia karya yang sangat unik. Apatah lagi ianya digarap oleh 3 sahabat ini yang berjauhan melalui alam maya di sepanjang pandemik COVID-19.
Ghazali Sulong mengajak pembaca berfikiran kritis. Merenung, mengimbau & menegur. Penulisan beliau membayangkan halusnya budaya kita. Namun di dalam kehalusan itu ada ketegasan. Unsur sinis diselit lembut menyampaikan mesej penuh bermakna.
Zulkifli Mohamed lebih tertumpu kepada penulisan santai & ringkas. Ringkas tapi tetap mengugah jiwa dengan pilihan kata2 yang tepat kreatif.
Hanom Ibrahim (sahabat lama penulis blog) satu2nya pengkarya wanita dalam 3 sekawan. Sudah tentu membawa mesej emosi, hati & memori. Menariknya setiap karyanya membayangkan suasana rasa hati di ketika waktu dan tempat yang tersendiri. Mengungkit kembali kenangan yang terbuku.
Dr Lim Swee Tin yang tidak asing dalam dunia sastera, menuliskan kata pengantar buku ini.
Desain cover sangat cantik dengan lembaran kertas berkualiti menjadikan buku ini sesuai untuk dijadikan hadiah atau pun koleksi peribadi.
Silakan menikmati alunan ayat2 cinta..
P/S Sekiranya berminat nak order buku ini, sila klik icon Whatsapp chat di sebelah kanan bawah & hantar mesej " nak order".
No comments:
Post a Comment