Penulis ingin menggambarkan perbuatan2 manusia yang lari daripada landasan syariat Islam lalu mengakibatkan kerosakan di muka bumi. Tanda2 kiamat kecil dan besar dihuraikan sama ada yang dah berlaku, sedang kita hadapi mahu pun yang akan kita alami. Di permulaan bacaan, agak "teknikal" sedangkan di pertengahan banyak disajikan kisah sejarah tokoh2 Islam dengan aliran pemikiran yang berbeda. Perdebatan tentang pemikir2 Islam yang melahirkan sekularisme Islam menjadi topik yang menarik. Sebaliknya, tidak dapat dinafikan sumbangan mereka di dalam perkembangan dan perluasan empayar Islam beserta menjadi pelopor ilmu dan teknologi di zaman tersebut.
Kemajuan sains dan teknologi yang tidak disandarkan dengan Al-Quran dan hadis, seolah2 dijadikan "Tuhan". Negara2 yang memperalatkan dan meniupkan angin "kemodenan" ini ke negara2 Islam digambarkan sebagai "dajjal".
Namun, sebagai seorang Muslim kita harus berlandaskan dalil aqli dan naqli dalam setiap urusan. Sains dan teknologi tidak bercanggah dengan Islam selagi Al-Quran dan hadis dijadikan panduan.
Points to learn:
- setiap Muslim harus menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup
Rating:✮✮✮
Books tally: 33/100
Countdown: 211 days left
Jan 12 books
Feb 4 books
March 8 books
Feb 4 books
March 8 books
April 5 books
May 4 books
#100booksin2020challenge
No comments:
Post a Comment