Popular Posts

Monday, June 26, 2023

Pemikiran Estetik dalam Puisi Karya Lim Swee Tin



Teruja menikmati susunan pemikiran kritis para sasterawan. Masing-masing dengan "trademark" yang mampu dirumuskan oleh pembaca yang peka. Kita tidak boleh lari dari "nurture". Segala pengalaman dan cabaran mahupun dugaan membentuk jatidiri lalu ditumpahkan secara sedar (mahupun tidak sedar) dalam hasil karya. Nah! Disitulah letaknya keindahan dalam kepelbagaian. 
 

Saturday, June 24, 2023

Semiotik - Arbak Othman

 



Satu lagi penulisan penuh teoritis oleh Arbak Othman. Kali ini mengupas satu bidang disiplin, iaitu semiotik. Kecenderungan beliau menjadikan karya sastera bukan sekadar satu seni sahaja. Ia adalah satu sains yang memerlukan kajian yang lebih inklusif. Meleburkan eksklusiviti, memasyarakatkan sastera!

Dari Kreativiti ke Senikarya - Arbak Othman

 


Resensi sajak-sajak karya Lim Swee Tin. Membuka ruang memahami suatu cabang seni yang sangat unik lagi misterius. Arbak Othman mengupas penulisan beliau dengan sangat teliti dan sudah tentu sarat dengan hujah-hujah teoritis yang menjadikan penulisan sajak bukan hanya satu niche dalam sastera malah satu "sains" yang jitu.

Tuesday, June 6, 2023

ASP Ali Batcha - Md Ali Amir Batcha

 



Kontroversi. Penuh kontroversi. Di satu pihak memperjuangkan keadilan akibat dianiaya. Sebaliknya pihak yang lain pula tegas menegakkan keadilan. 

There's always two sides of the coin.

You decide!

Bidak Papan Catur - Raja Petra

 



Antara penulisan awal Raja Petra. Nak tambah "ilmu" zaman ISA. Silakan.

Puisi, Penyair & Kreativiti

 



Kumpulan resensi sajak-sajak yang tersiar di dalam majalah Dewan Sastera. Cerminan kupasan yang jelas berbeda oleh dua tokoh sastera yang tidak asing lagi di persada seni di negara kita. Sangat mengujakan apatah lagi menambah apresiasi kita terhadap hasil-hasil karya tempatan.




Ceramah Memukau

 



Anda bercita-cita menjadi penceramah hebat? 

Atau kerja anda memerlukan anda selalu memberikan taklimat?

Ini bukunya. Penulis membongkar rahsia menyajikan ceramah yang "lazat" dipandang apatah lagi mendengarnya. Tak kan anda nak pendengar anda tertidur? Lebih parah, berdarah telinga mendengar "monolog" anda.

Baca dan hadam!