Popular Posts

Friday, March 3, 2023

Muslim Zaman Now /Metode At Taisir - Ustaz Adi Hidayat

 



Sekiranya ada tersimpan sebuku hasrat di hati kecil anda, buku ini barangkali punya jawapannya. Bermula dengan niat yang ikhlas, disemai dan dibaja dengan kaedah yang sistematis. Ditulis oleh bukan calang-calang orangnya, Ustaz Adi Hidayat. Sosok yang begitu popular di kalangan umat Islam terutamanya yang mengikuti beliau di laman socmed. Perjuangan beliau menjadikan Quran agar dihafal dan diamal oleh umat Islam, tidak kira tua atau muda, berpendidikan tinggi atau tidak.

Terbaik untuk dijadikan panduan bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan indah ini.

Monday, February 6, 2023

Pujuklah Hati - Bonda Nor

 




Pengubat hati yang lara. Ya. Bacaan santai yang dibantu dengan gaya penulisan yang mudah difahami, direnung mesejnya dan dihadam. Penulis seolah-olah berbicara dengan pembaca. Ini menguatkan penyampaian sehingga mampu mengusik hati dengan harapan ia mencetuskan perubahan positif. Penulis menggunakan kaedah pengamatan isu semasa dan pengalaman seharian lalu menterjemahkan kepada ibrah atau hikmah di sebaliknya. Tema buku ini mirip kepada karya Dr 'Aidh, "La Tahzan"(Jangan Bersedih) dalam versi yang lebih ringan. Tetapi ia tetap satu buku yang saya sangat..sangat syorkan!

Sunday, December 11, 2022

Neuro-linguistic Programming - Farhan Johari

 



Selalu berangan mampu bercakap di depan orang ramai? Nak menjadi seorang pemimpin yang berjaya? Mampu menggerakkan tim ke arah meningkatkan jualan. Bersama-sama mengejar visi dan misi. Ilmu NLP perlu ada. Wajib ada agar anda dapat menguasai gaya pemikiran anda dan seterusnya tim anda!

10 Strategi Urus Cukai Gaya Expert - Azli Muhammad

 



Perniagaan ok. Jualan ok..untung pun bukan main. Tapi..ada tapinya. Banyak pula nak kena bayar cukai. Alahai! Ilmu pengurusan cukai yang anda kena belajar. Dan inilah bukunya. Sekurang-kurangnya teranglah sikit dunia ini.

Mazhab Pemasaran Maliki - Malik Hairuddin

 



Sarat dengan ilmu-ilmu pemasaran. Perniagaan masih di takuk lama? Bertahun-tahun pi mai pi mai tang tu. Sampai masa anda ..perniagaan anda berubah! Dan buku ini permulaan yang baik.