Popular Posts

Sunday, December 11, 2022

Neuro-linguistic Programming - Farhan Johari

 



Selalu berangan mampu bercakap di depan orang ramai? Nak menjadi seorang pemimpin yang berjaya? Mampu menggerakkan tim ke arah meningkatkan jualan. Bersama-sama mengejar visi dan misi. Ilmu NLP perlu ada. Wajib ada agar anda dapat menguasai gaya pemikiran anda dan seterusnya tim anda!

10 Strategi Urus Cukai Gaya Expert - Azli Muhammad

 



Perniagaan ok. Jualan ok..untung pun bukan main. Tapi..ada tapinya. Banyak pula nak kena bayar cukai. Alahai! Ilmu pengurusan cukai yang anda kena belajar. Dan inilah bukunya. Sekurang-kurangnya teranglah sikit dunia ini.

Mazhab Pemasaran Maliki - Malik Hairuddin

 



Sarat dengan ilmu-ilmu pemasaran. Perniagaan masih di takuk lama? Bertahun-tahun pi mai pi mai tang tu. Sampai masa anda ..perniagaan anda berubah! Dan buku ini permulaan yang baik.

Thursday, November 17, 2022

 



Minda kita perlu rehat. Kreativitas perlu digembur. Bacaan santai untuk kedua-duanya.

6 Roda Pengurusan - Abdul Basit

 



Pening? Berserabut memikirkan kerenah pekerja? Atau tidak jelas hala tuju perniagaan anda?

Buku ini pasti menjernihkan sedikit sebanyak kekeruhan dalam minda anda. Ditulis berdasarkan kajian mendalam hal-hal pengurusan dari sirah Nabi SAW sampailah kepada Harvard Business Review. Berbeza dengan kebanyakan buku pengurusan yang ditulis berdasarkan teori sahaja, penulis berkongsi pengalaman dan panduan yang diambil dari kisah beliau sendiri.

Jatuh bangun sesuatu usaha niaga sangat bergantung kepada nakhoda kapal. Ke mana nak dibawa..dan bagaimana? Selamatkanlah anak-anak kapal anda. Selamatkanlah kapal anda!