Popular Posts

Tuesday, June 6, 2023

Seruan Dari Kaabah - Ustaz Haji Daud Che Ngah

 



Himpunan kisah dari tanah haram. Penuh ibrah. Sangat sesuai dijadikan santapan persediaan mengerjakan rukun Islam kelima. 

Puisi Untuk Ayah

 



Dihadiahkan seorang sahabat sebelum berangkat ke Jordan. Sahabat yang "menemukan" kecenderungan penulis dalam berkarya. Dan tidak pernah lelah memberikan suntikan semangat di kala semua yang lain diam membisu.

Judulnya menceritakan segalanya. Serumpun pohonan puisi buat semua yang bergelar... AYAH.

Denai-denai ke Kampung Karya Sajak - Lim Swee Tin

 



Satu lagi karya DR Lim Swee Tin. Kali ini panduan dalam menghasilkan sajak. Biar siapa pun anda, buku ini mampu membuka dunia baru, iaitu alam penulisan kreatif. Ia mengajar kita menjadi peka dan sensitif terhadap persekitaran serta hubungan sesama manusia. Lantaran semakin tajam "deria keenam", anda mampu melahirkan keajaiban! 

Denai-denai ke Kampung Karya Cerpen - Lim Swee Tin



Sebuah buku oleh DR Lim Swee Tin. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni khususnya, sastera Melayu. Satu panduan dalam penulisan cerpen. Disajikan secara kemas, teratur dan santai. Sangat sesuai buat mereka yang mulai berjinak dalam dunia penulisan. 

 

The Alchemist - Paulo Coelho

 



First came to know about this book from a fellow bibliophile (for those uninitiated, this word has nothing to do with paedophile). 

It took almost 25 years from the first publication to take off to become one of the most phenomenal bestseller, translated to the languages of the world! 

Paulo Coelho never faltered in his belief that he had given birth to a masterpiece. Nor in his ability to churn words to kindle the most deepest of emotions. 

A compact read full of simple narratives yet deep in meanings.

Friday, March 3, 2023

Muslim Zaman Now /Metode At Taisir - Ustaz Adi Hidayat

 



Sekiranya ada tersimpan sebuku hasrat di hati kecil anda, buku ini barangkali punya jawapannya. Bermula dengan niat yang ikhlas, disemai dan dibaja dengan kaedah yang sistematis. Ditulis oleh bukan calang-calang orangnya, Ustaz Adi Hidayat. Sosok yang begitu popular di kalangan umat Islam terutamanya yang mengikuti beliau di laman socmed. Perjuangan beliau menjadikan Quran agar dihafal dan diamal oleh umat Islam, tidak kira tua atau muda, berpendidikan tinggi atau tidak.

Terbaik untuk dijadikan panduan bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan indah ini.

Monday, February 6, 2023

Pujuklah Hati - Bonda Nor

 




Pengubat hati yang lara. Ya. Bacaan santai yang dibantu dengan gaya penulisan yang mudah difahami, direnung mesejnya dan dihadam. Penulis seolah-olah berbicara dengan pembaca. Ini menguatkan penyampaian sehingga mampu mengusik hati dengan harapan ia mencetuskan perubahan positif. Penulis menggunakan kaedah pengamatan isu semasa dan pengalaman seharian lalu menterjemahkan kepada ibrah atau hikmah di sebaliknya. Tema buku ini mirip kepada karya Dr 'Aidh, "La Tahzan"(Jangan Bersedih) dalam versi yang lebih ringan. Tetapi ia tetap satu buku yang saya sangat..sangat syorkan!