Popular Posts

Tuesday, February 22, 2022

Suami Oh Suami - Intan Lily

 



Nasihat buat suami (dan isteri). Dari pengalaman peribadi penulis. Sangat terkesan karya beliau kerana berdasarkan kisah sebenar yang boleh dijadikan ibrah buat kita semua. Sesuai untuk semua kategori pembaca..bujang, bercadang nak mendirikan rumahtangga, baru kahwin malah dah senja usia perkahwinan!

Dikecam Tidak Goyah





Memuatkan kisah cabaran & dugaan para guru sewaktu tempoh PKP. Ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 dan segala kebiasaan terhenti seketika. Segala2nya terpaksa dilakukan dengan kaedah baru, norma baru. 

Begitu juga para pendidik. Kelas fizikal tidak mungkin. Kreativiti dan inovasi para guru meneruskan perjuangan memberi ilmu melalui alam maya. Sayangnya ada suara2 sinis menyindir antara lain cuti panjang tapi dapat gaji buta! Justeru ini menguatkan semangat mereka memberi tumpuan & mencurahkan masa & tenaga membentuk anak2 kita. Setiap yang bergelar guru dengan perjuangan masing2 memikul amanah. Jasamu dikenang.

RD January 2022

 


Sunday, February 13, 2022

Di Bawah Langit Cinta-Mu - Antologi Puisi

 




Sebuah antologi memuatkan karya 20 penulis baru & lama. Bertemakan cinta. Cinta sungguh luas takrifnya, apatah lagi sangat subjektif bergantung kepada "si pemilik rasa". Antara yang popular adalah yang berunsur ketuhanan. Pembaca yang peka lagi "halus jiwanya" mampu menyelami perasaan pengkarya serta setiap larik kata. 

Bacalah di hening malam dengan bulan sebagai saksinya!


NB Alhamdulillah..ini juga merupakan buku sulung saya hasil kolaborasi dengan rakan penulis lain. Sekiranya berminat nak mendapatkan buku ini, sila wassap 011.1216.5623.

Selamat membaca!

Thursday, January 6, 2022

Si Sabariah - Hamka

 



Novel pertama yang ditulis oleh Hamka pada tahun 1928. Diterbitkan lebih 90 tahun yang lalu. Pencarian naskhah asal ini membawa team penerbit ke kampung asal Hamka di Maninjau, Sumatera. Malah Gema Insani yang memegang hakcipta karya beliau turut disusul. Namun, hampa tidak bertemu dengan yang dicari. Akhirnya, ia ditemui di arkib Perpustakaan Utama Universiti Malaya dalam bentuk salinan fotokopi.

The rest is history. Buku yang dipegang dan dibaca ini membawa kita ke titik tolak Hamka menjadi satu sosok lagenda di dalam dunia persuratan Melayu. Sekiranya Shakespeare dirujuk sebagai Bapa sastera Inggeris, Hamka sudah tentu adalah ikon karyawan nusantara Melayu.


Wednesday, January 5, 2022

Buat Untung Dengan Rumah Sewa - Syahman Abu Hassan

 



Rupa2nya ada lagi kaedah menjana pendapatan dari hartanah selain yang kita biasa dengar (atau baca). Penulis berkongsi pengalaman beliau menyewa rumah/bilik yang bukan miliknya. Jangan terus salah tafsir..maksudnya rumah itu disewa oleh penulis untuk disewakan balik kepada orang lain. 

Menarik bukan? Yes. Sewa dengan pemilik asal. Kemudian cari penyewa2 untuk bilik2 dalam premis yang biasanya apartment. Penyewa pula biasa terdiri dari golongan pelajar atau pekerja yang memerlukan tempat tinggal yang "convenient" & "budget". 

Nampak senang. Tapi tidak. Ia memerlukan kita mengorbankan banyak masa, tenaga dan tentunya wang. Disiplin waktu dan tanggungjawab sebagai "subletter" tersangatlah tinggi. Namun, dengan kaedah dan sistem networking yang bijak, anda mampu menjadi subletter yang berjaya dunia akhirat!


Tuesday, January 4, 2022

4 Bulan di Amerika - Buya Hamka

 




Satu catatan pengalaman Buya Hamka (pasti kenal kan..) selama 4 bulan di Amerika. Kelebihan beliau melihat dari sudut pandang yang unik lalu menterjemahnya secara terperinci dan menarik. Kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman. Buya Hamka dengan ilmu yang sedia sarat di dada sepertinya mendapat peluang memberi pengertian terhadap kehidupan segelintir masyarakat yang menghuni sebuah negara bergelar Amerika.