Popular Posts

Thursday, January 16, 2020

Nyanyian Musim Rusuh - Husna Nazri




Suatu penulisan menarik yang memenangi Hadiah Sastera tahun 2001. Bacaan ringan bertemakan penyatuan pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya Melayu, Cina dan India. Menggunakan kaedah "flashback" kembali ke sejarah hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969. Penggunaan bahasa yang enak dibaca. Namun jalan cerita yang mudah dijangka perjalanan dan kesudahannya, menghilangkan aspek penasaran dan antisipasi di dalam novel ini.

Points to learn:
  • perbalahan antara kaum, tiada menang kalahnya
Rating:✮
Book tally: 5/100
Countdown: 351 days left


#cabaran100bukudalam2020





Mata Tak Berhijab Siri 2 - Zulkifli Ahmad Idrus




Satu buku yang cukup menarik dibaca. Merupakan "sequel" kepada buku pertama penulis. Pelbagai cerita yang dialami sendiri oleh penulis yang dikatakan mempunyai kebolehan "sixth sense" (ingat filem The Sixth Sense lakonan Bruce Willis?). 

Cuba bayangkan pada setiap waktu dan ketika anda boleh melihat dan merasakan kehadiran makhluk di alam dimensi selain kita. Bagaimana anda mengawal perasaan dan emosi? Kewarasan diri? Jauh sekali menjalankan kehidupan seharian yang normal. Nah..itulah kelebihan (..atau sebaliknya) yang dianugerahi Allah kepada seseorang.

Points to learn:
  • kita berkongsi alam ini dengan makhluk2 ciptaan Allah
Rating:✮✮
Book tally: 4/100
Countdown: 354 days left

#cabaran100bukudalam2020


Sunday, January 12, 2020

Pemandu Van Jenazah


 Buku ini sebenarnya anak saya Haqeem yang pilih waktu jualan gudang Utusan Malaysia tempohari. Saya pulak pantang tengok buku. Tak kisah genre. Janji boleh dibaca. 

Buku ini menjadi pilihan bacaan santai saya. Mungkin sekilas pandang ada yang menganggap buku ini "sewaktu" dengan cerita2 Mastika (..ingat lagi?). Tapi bagi saya ianya banyak "membuka mata hati" kita akan kebesaran Allah. Yang pasti ilmu manusia hanya setitis air di hujung jari berbanding ilmu Allah seluas laut tidak bertepi.

Points to learn:
  • sentiasa sangka baik, berbuat baik dan jaga amal ibadah

Rating: ✮✮
Book tally: 3/100
Countdown: 355 days left

#cabaran100bukudalam2020



Wednesday, January 8, 2020

Pelangi, kami ingin ke sana



Kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera 2005. Satu bacaan santai pelbagai tema dan gaya penulisan. Hasil karya remaja kita. Menarik dan boleh dibanggakan. Namun banyak yang perlu diasah dan diperdalami sekiranya nak ke peringkat antarabangsa. Seronok dan ringan buat dibaca di waktu senggang.


Points to learn:

  • sastera adalah satu bidang ilmu yang penting terutamanya dalam mengenengahkan suatu idea atau pandangan untuk merubah masyarakat ke arah yang positif
Rating: ✮✮
Book tally: 2/100
Countdown: 358 days left


#cabaran100bukudalam2020

Tuesday, January 7, 2020

Jualan Penutupan Gudang Utusan Malaysia



Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi..

Jualan penutupan gudang Utusan Malaysia penghujung tahun lepas. Inilah hasilnya. Itu pun banyak buku yang dah habis (saya sempat ke sana di saat akhir 29hb Disember).




Bayangkan selonggok buku ini cuma RM150 jer. Semuanya dalam 35 buah buku! Suka pun ada. Sedih pun ada. Gembira sebab dapat beli buku2 dengan harga murah. Sedih sebab buku2 ini sebenarnya bagus tapi terpaksa dijual murah. Apa2 pun kita sanjung para penulis ini yang telah mencurahkan segala ilmu serta kreativiti di atas lembaran kertas yang bernama BUKU. 


Resit pembelian (jangan lupa.. boleh tolak cukai)

Terus-terang saya sebenarnya lebih cenderung membaca buku2 "non-fiction". Tapi buku2 yang saya baru beli kali ini kebanyakannya berbentuk novel. Apa kata kita mendalami dan menelusuri pemikiran para penulis "fiction"? Terkadang memang menarik dan mengujakan!

Jadi, menghabiskan buku2 ini adalah cabaran yang saya pilih. Saya mulakan dengan buku..




Cabar diri anda, anda boleh!

Monday, January 6, 2020

Reader's Digest


31 Disember 2019 saya menerima satu bungkusan. Satu bingkisan yang memang saya nanti2kan kehadirannya. 


Ya. Reader's Digest. Saya pasti anda pernah membacanya atau paling tidak pernah lihat atau mendengarnya. Saya teringat zaman kanak2 dulu. Arwah ayah saya dulu memang suka membaca. Dan buku ini adalah antara kegemarannya. Mungkin minat membaca ini sedikit-sebanyak tempias dari arwah ayah saya (..dan ibu saya yang seringkali meninggalkan saya keseorangan di perpustakaan sekolah sewaktu beliau mengajar).

Tahukah anda Reader's Digest merupakan majalah buku yang paling banyak dibaca di dunia dan mungkin yang paling lama..sejak tahun 1922! Idea bermula dari DeWitt Wallace dan Lila Bell Wallace. Sewaktu DeWitt Wallace sedang sembuh dari luka Perang Dunia Pertama, beliau mendapat ilham mengumpulkan cerita2 menarik dari pelbagai majalah lalu diringkas dan dipadatkan dalam satu majalah yang "compact". Dalam kesibukan harian terlalu banyak artikel menarik dalam bermacam2 majalah dan buku. Ini tentunya satu cetusan idea bagus..bukan?




Image result for reader digest first issue

Edisi pertama

Saya pernah melanggan dulu. Tapi disebabkan kesibukan kerja terhenti separuh jalan. Baru2 ini anak saya Firdaus (yang juga suka buku ini dan National Geography) menyarankan saya melanggan kembali buku Reader's Digest. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Jadi, ini menjadi pilihan buku saya yang kedua (..dan setiap bulan).

Selamat membaca!

Solatku Oksigenku


Alhamdulillah. Selesai sudah selepas 6 hari. Terlajak 2.4 hari dari perkiraan (365 hari dibahagi 100 buku). Sebuah buku yang "deep". Kalau anda menjangka ianya menceritakan pasal hukum fiqh. anda akan kecewa. Buku ini mengupas makna tersirat di sebalik segala perlakuan solat termasuk bacaannya. Sangat bermanfaat sekiranya anda ingin menguatkan dan memberi nafas baru terhadap amalan solat seharian.

Terkadang memerlukan sedikit refleksi diri. Pengisiannya bagus dengan hujah2 yang jelas. Sesuai buat mereka yang nak memperkemas setiap niat, gerakan mahupun solat.

Points to learn:
  • maksud tersirat amalan solat
Rating: ✮✮✮
Book tally: 1/100
Countdown: 360 days left


#cabaran100bukudalam2020