Popular Posts

Monday, June 26, 2023

Pemikiran Estetik dalam Puisi Karya Lim Swee Tin



Teruja menikmati susunan pemikiran kritis para sasterawan. Masing-masing dengan "trademark" yang mampu dirumuskan oleh pembaca yang peka. Kita tidak boleh lari dari "nurture". Segala pengalaman dan cabaran mahupun dugaan membentuk jatidiri lalu ditumpahkan secara sedar (mahupun tidak sedar) dalam hasil karya. Nah! Disitulah letaknya keindahan dalam kepelbagaian. 
 

Saturday, June 24, 2023

Semiotik - Arbak Othman

 



Satu lagi penulisan penuh teoritis oleh Arbak Othman. Kali ini mengupas satu bidang disiplin, iaitu semiotik. Kecenderungan beliau menjadikan karya sastera bukan sekadar satu seni sahaja. Ia adalah satu sains yang memerlukan kajian yang lebih inklusif. Meleburkan eksklusiviti, memasyarakatkan sastera!

Dari Kreativiti ke Senikarya - Arbak Othman

 


Resensi sajak-sajak karya Lim Swee Tin. Membuka ruang memahami suatu cabang seni yang sangat unik lagi misterius. Arbak Othman mengupas penulisan beliau dengan sangat teliti dan sudah tentu sarat dengan hujah-hujah teoritis yang menjadikan penulisan sajak bukan hanya satu niche dalam sastera malah satu "sains" yang jitu.

Tuesday, June 6, 2023

ASP Ali Batcha - Md Ali Amir Batcha

 



Kontroversi. Penuh kontroversi. Di satu pihak memperjuangkan keadilan akibat dianiaya. Sebaliknya pihak yang lain pula tegas menegakkan keadilan. 

There's always two sides of the coin.

You decide!

Bidak Papan Catur - Raja Petra

 



Antara penulisan awal Raja Petra. Nak tambah "ilmu" zaman ISA. Silakan.

Puisi, Penyair & Kreativiti

 



Kumpulan resensi sajak-sajak yang tersiar di dalam majalah Dewan Sastera. Cerminan kupasan yang jelas berbeda oleh dua tokoh sastera yang tidak asing lagi di persada seni di negara kita. Sangat mengujakan apatah lagi menambah apresiasi kita terhadap hasil-hasil karya tempatan.




Ceramah Memukau

 



Anda bercita-cita menjadi penceramah hebat? 

Atau kerja anda memerlukan anda selalu memberikan taklimat?

Ini bukunya. Penulis membongkar rahsia menyajikan ceramah yang "lazat" dipandang apatah lagi mendengarnya. Tak kan anda nak pendengar anda tertidur? Lebih parah, berdarah telinga mendengar "monolog" anda.

Baca dan hadam!

Derita Rakyat

 



Kumpulan puisi perjuangan rakyat. Jeritan dan laungan "MERDEKA" bergema melalui bait-bait keringat dan darah.

Jangan pernah ragu. Jangan sesekali undur walau setapak.

Ini tanah kita...bumi dipijak. Di sini jua kembalinya kita!

Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Mohd Asri Zainul Abidin

 



Bacaan yang mengundang pemikiran aras tinggi. DR Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Dr MAZA, tidak asing lagi dalam dunia Islam, khususnya di Malaysia.

Penulis berpegang kukuh kepada Al Quran dan hadis Nabi SAW dalam semua pendiriannya. Beliau juga membidas keras mereka yang menjadikan agama tunggangan agenda nafsu duniawi.

Seorang pemikir Islam yang tiada duanya!

Seruan Dari Kaabah - Ustaz Haji Daud Che Ngah

 



Himpunan kisah dari tanah haram. Penuh ibrah. Sangat sesuai dijadikan santapan persediaan mengerjakan rukun Islam kelima. 

Puisi Untuk Ayah

 



Dihadiahkan seorang sahabat sebelum berangkat ke Jordan. Sahabat yang "menemukan" kecenderungan penulis dalam berkarya. Dan tidak pernah lelah memberikan suntikan semangat di kala semua yang lain diam membisu.

Judulnya menceritakan segalanya. Serumpun pohonan puisi buat semua yang bergelar... AYAH.

Denai-denai ke Kampung Karya Sajak - Lim Swee Tin

 



Satu lagi karya DR Lim Swee Tin. Kali ini panduan dalam menghasilkan sajak. Biar siapa pun anda, buku ini mampu membuka dunia baru, iaitu alam penulisan kreatif. Ia mengajar kita menjadi peka dan sensitif terhadap persekitaran serta hubungan sesama manusia. Lantaran semakin tajam "deria keenam", anda mampu melahirkan keajaiban! 

Denai-denai ke Kampung Karya Cerpen - Lim Swee Tin



Sebuah buku oleh DR Lim Swee Tin. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni khususnya, sastera Melayu. Satu panduan dalam penulisan cerpen. Disajikan secara kemas, teratur dan santai. Sangat sesuai buat mereka yang mulai berjinak dalam dunia penulisan. 

 

The Alchemist - Paulo Coelho

 



First came to know about this book from a fellow bibliophile (for those uninitiated, this word has nothing to do with paedophile). 

It took almost 25 years from the first publication to take off to become one of the most phenomenal bestseller, translated to the languages of the world! 

Paulo Coelho never faltered in his belief that he had given birth to a masterpiece. Nor in his ability to churn words to kindle the most deepest of emotions. 

A compact read full of simple narratives yet deep in meanings.