Popular Posts

Sunday, October 9, 2022

Kurus - Kevin Zahri

 



Untuk mereka yang telah berkali-kali cuba mengurangkan berat badan tapi ak berjaya atau kembali "rebound", inilah bukunya. Pendekatan yang bukan baru tapi sangat "refreshing" dan memuka mata. 

Saya sebenarnya lebih terkesan membaca kisah hidup beliau yang terselit di bab terakhir. Setiap orang punya masalah tersendiri. Tiada yang lebih, tiada yang terkurang. Yang penting bagaimana kita mengambil ikhtibar dan MOVE ON!

Nota MyQuranTime Juzuk 1

 



Biasanya Quran time tengok kat TV. Yang ini dibukukan dalam bentuk nota. Bagus untuk mereka yang suka membaca dan merujuk. Bagi yang lain teruskan menonton..setidaknya dapat ilmu bermanfaat!

Anak Muda Bebas Hutang - Dr Hj Badrul Hisham Mohd Yusoff

 



Terus-terang sewaktu memesan buku ini melalui online melalui satu artikel yang saya baca, terbayang ianya mengenai tips dan pengalaman penulis membeli hartanah lelong. Namun, lepas membacanya, rupa-rupanya lebih kepada nasihat dan panduan kewangan terutamanya buat golongan muda yang baru mengenal dunia. Bacaan santai habis dalam beberapa jam sahaja. Elok juga bagi anak saya baca!