Novel pertama yang ditulis oleh Hamka pada tahun 1928. Diterbitkan lebih 90 tahun yang lalu. Pencarian naskhah asal ini membawa team penerbit ke kampung asal Hamka di Maninjau, Sumatera. Malah Gema Insani yang memegang hakcipta karya beliau turut disusul. Namun, hampa tidak bertemu dengan yang dicari. Akhirnya, ia ditemui di arkib Perpustakaan Utama Universiti Malaya dalam bentuk salinan fotokopi.
The rest is history. Buku yang dipegang dan dibaca ini membawa kita ke titik tolak Hamka menjadi satu sosok lagenda di dalam dunia persuratan Melayu. Sekiranya Shakespeare dirujuk sebagai Bapa sastera Inggeris, Hamka sudah tentu adalah ikon karyawan nusantara Melayu.