Popular Posts

Friday, January 31, 2020

Hadith Daif - Ariffin Omar & Zaini Nasohah





Alhamdulillah..penutup yang baik untuk bulan pertama..12 buku selesai dibaca! 

Kalau masih ingat salah seorang penulisnya, Ariffin Omar menulis buku sebelum ini, tafsir Surah Al Falaq. Bacaan ini membantu kita memahami jenis2 hadis berdasarkan kesahihan dan penerimaannya. Amatlah penting apatah lagi di zaman yang serba canggih informasi di hujung jari. Kita perlu lengkapkan diri agar tidak ikut2an tanpa mendalami ilmu itu sendiri. Mudah2an Allah memberi kekuatan dan menerangkan hati kita agar dapat beramal sepertinya zaman Nabi SAW dan para sahabat.


Points to learn: 
  • ilmu dan amal tiada terpisah
Rating: ✮✮
Books tally: 12/100
Countdown: 335 days left

Jan : 12 buku


#cabaran100bukudalam2020

Wednesday, January 29, 2020

Merenang Gelora - Ruslan Ngah







Satu bacaan santai dan menarik. Sesuai untuk anak2 sekolah mahupun para ibubapa. Menceritakan cabaran masakini yang dihadapi oleh pelajar sekolah. Dalam usaha mengejar pencapaian akademik, mereka tidak sunyi dari pelbagai masalah dan isu remaja. 

Points to learn:
  • para ibubapa perlu berikan "quality time" untuk anak masing2
  • ibubapa dan para pelajar harus mencari ruang dan peluang berkongsi fikiran agar dapat saling menyokong memberi semangat.
Rating:✮✮
Book tally: 11/100
Countdown: 337 days left


#cabaran100bukudalam2020


Monday, January 27, 2020

Dinar Emas - Realiti Semasa Penggunaannya Di Malaysia










Satu pembacaan yang cukup menarik (..pada mulanya kusangka menjemukan) mencakupi sejarah sistem kewangan, evolusinya dan pro kontra penggunaan dinar dirham. Sesuai bagi mereka yang memperjuangkan sistem kewangan menggunakan emas dan perak. Juga buat para pelabur kedua2 logam bernilai ini. 

Points to learn:
  • sesuatu yang sudah ada dalam Al-Quran dan hadis tak perlu didebat apatah lagi disanggah. Kaji dan carilah metode yang terbaik untuk mengimplementasikannya. 
Rating:✮✮
Books tally: 10/100
Countdown: 339 days left


#cabaran100bukudalam2020


Friday, January 24, 2020

Reader's Digest January 2020





No comments.


Rating: NA
Book tally: 9/100
Countdown: 342 days left


#cabaran100bukudalam2020

Nasi Ayam Laut Sepinggan






Himpunan cerpen menarik. Pelbagai tema. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Tajuk buku ini sebenarnya merupakan satu sajak yang menceritakan kehidupan para nelayan yang turun ke laut di waktu pagi. Sekembali dari laut dengan hasil tangkapan, sepasang suami isteri menikmati makanan yang seadanya. Itulah gambaran nikmat hidup berumahtangga. Fikir2kan..

Points to learn:

  • hidup ini indah, berusahalah mencarinya
Rating:✮✮
Book tally: 8/100
Countdown: 345 days left


#cabaran100bukudalam2020

Monday, January 20, 2020

Tips kurangkan cukai




Nak tau cara mengurangkan cukai? Bukan elak cukai tahu..hehe. Bagi tahun taksiran 2020, kita boleh mendapatkan pelepasan cukai individu untuk pembelian buku, jurnal, majalah dan suratkhabar (sila rujuk jadual di bawah). Tapi, ianya terhad sejumlah RM2500 yang mana termasuk pembelian komputer, telefon pintar, peralatan sukan dan langganan internet (jika ada).




Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  4. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500
(Terhad)



Contoh jika diambilkira RM1000 untuk pembelian buku dan yang selebihnya untuk yang lain2, maka setiap bulan kita perlu beli buku bernilai RM83 (RM1000 dibahagi 12 bulan). Jadi, anda hanya perlu setkan berapa jumlah kos pembelian buku untuk setahun lalu dibahagi 12 bulan. Mudah, bukan?

Selamat mencuba!


Surah Al-Falaq - Ariffin Omar













Tafsir Surah Al-Falaq. Elok untuk memperdalam pemahaman terhadap salah satu surah yang sering kita baca. Namun, perlu pembacaan yang berterusan dari sumber2 lain. Menggunakan bahasa dan istilah yang mudah difahami.

Points to learn:

  • setiap ayat, kalimah dan huruf ada maksudnya  
Rating: ✮✮
Book tally: 7/100
Countdown: 347 days left


#cabaran100bukudalam2020

Friday, January 17, 2020

Cempiang Jalan




Kumpulan 10 cerpen yang merupakan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan tahun 2001. Para penulis menggunakan gaya bahasa dan kreativiti yang cukup menarik. Pembaca dapat menghargai nilai bahasa dan olahan kata yang digunakan merupakan "a standard of its own". Bacaan santai minum petang. Tapi dengan mesej tersurat mahupun tersirat.


Points to learn:

  • agama dan kemanusiaan tiada terpisah
Rating: ✮✮
Book tally: 6/100
Countdown: 349 days left


#cabaran100bukudalam2020



Thursday, January 16, 2020

Nyanyian Musim Rusuh - Husna Nazri




Suatu penulisan menarik yang memenangi Hadiah Sastera tahun 2001. Bacaan ringan bertemakan penyatuan pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya Melayu, Cina dan India. Menggunakan kaedah "flashback" kembali ke sejarah hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969. Penggunaan bahasa yang enak dibaca. Namun jalan cerita yang mudah dijangka perjalanan dan kesudahannya, menghilangkan aspek penasaran dan antisipasi di dalam novel ini.

Points to learn:
  • perbalahan antara kaum, tiada menang kalahnya
Rating:✮
Book tally: 5/100
Countdown: 351 days left


#cabaran100bukudalam2020





Mata Tak Berhijab Siri 2 - Zulkifli Ahmad Idrus




Satu buku yang cukup menarik dibaca. Merupakan "sequel" kepada buku pertama penulis. Pelbagai cerita yang dialami sendiri oleh penulis yang dikatakan mempunyai kebolehan "sixth sense" (ingat filem The Sixth Sense lakonan Bruce Willis?). 

Cuba bayangkan pada setiap waktu dan ketika anda boleh melihat dan merasakan kehadiran makhluk di alam dimensi selain kita. Bagaimana anda mengawal perasaan dan emosi? Kewarasan diri? Jauh sekali menjalankan kehidupan seharian yang normal. Nah..itulah kelebihan (..atau sebaliknya) yang dianugerahi Allah kepada seseorang.

Points to learn:
  • kita berkongsi alam ini dengan makhluk2 ciptaan Allah
Rating:✮✮
Book tally: 4/100
Countdown: 354 days left

#cabaran100bukudalam2020


Sunday, January 12, 2020

Pemandu Van Jenazah


 Buku ini sebenarnya anak saya Haqeem yang pilih waktu jualan gudang Utusan Malaysia tempohari. Saya pulak pantang tengok buku. Tak kisah genre. Janji boleh dibaca. 

Buku ini menjadi pilihan bacaan santai saya. Mungkin sekilas pandang ada yang menganggap buku ini "sewaktu" dengan cerita2 Mastika (..ingat lagi?). Tapi bagi saya ianya banyak "membuka mata hati" kita akan kebesaran Allah. Yang pasti ilmu manusia hanya setitis air di hujung jari berbanding ilmu Allah seluas laut tidak bertepi.

Points to learn:
  • sentiasa sangka baik, berbuat baik dan jaga amal ibadah

Rating: ✮✮
Book tally: 3/100
Countdown: 355 days left

#cabaran100bukudalam2020



Wednesday, January 8, 2020

Pelangi, kami ingin ke sana



Kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera 2005. Satu bacaan santai pelbagai tema dan gaya penulisan. Hasil karya remaja kita. Menarik dan boleh dibanggakan. Namun banyak yang perlu diasah dan diperdalami sekiranya nak ke peringkat antarabangsa. Seronok dan ringan buat dibaca di waktu senggang.


Points to learn:

  • sastera adalah satu bidang ilmu yang penting terutamanya dalam mengenengahkan suatu idea atau pandangan untuk merubah masyarakat ke arah yang positif
Rating: ✮✮
Book tally: 2/100
Countdown: 358 days left


#cabaran100bukudalam2020

Tuesday, January 7, 2020

Jualan Penutupan Gudang Utusan Malaysia



Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi..

Jualan penutupan gudang Utusan Malaysia penghujung tahun lepas. Inilah hasilnya. Itu pun banyak buku yang dah habis (saya sempat ke sana di saat akhir 29hb Disember).




Bayangkan selonggok buku ini cuma RM150 jer. Semuanya dalam 35 buah buku! Suka pun ada. Sedih pun ada. Gembira sebab dapat beli buku2 dengan harga murah. Sedih sebab buku2 ini sebenarnya bagus tapi terpaksa dijual murah. Apa2 pun kita sanjung para penulis ini yang telah mencurahkan segala ilmu serta kreativiti di atas lembaran kertas yang bernama BUKU. 


Resit pembelian (jangan lupa.. boleh tolak cukai)

Terus-terang saya sebenarnya lebih cenderung membaca buku2 "non-fiction". Tapi buku2 yang saya baru beli kali ini kebanyakannya berbentuk novel. Apa kata kita mendalami dan menelusuri pemikiran para penulis "fiction"? Terkadang memang menarik dan mengujakan!

Jadi, menghabiskan buku2 ini adalah cabaran yang saya pilih. Saya mulakan dengan buku..




Cabar diri anda, anda boleh!

Monday, January 6, 2020

Reader's Digest


31 Disember 2019 saya menerima satu bungkusan. Satu bingkisan yang memang saya nanti2kan kehadirannya. 


Ya. Reader's Digest. Saya pasti anda pernah membacanya atau paling tidak pernah lihat atau mendengarnya. Saya teringat zaman kanak2 dulu. Arwah ayah saya dulu memang suka membaca. Dan buku ini adalah antara kegemarannya. Mungkin minat membaca ini sedikit-sebanyak tempias dari arwah ayah saya (..dan ibu saya yang seringkali meninggalkan saya keseorangan di perpustakaan sekolah sewaktu beliau mengajar).

Tahukah anda Reader's Digest merupakan majalah buku yang paling banyak dibaca di dunia dan mungkin yang paling lama..sejak tahun 1922! Idea bermula dari DeWitt Wallace dan Lila Bell Wallace. Sewaktu DeWitt Wallace sedang sembuh dari luka Perang Dunia Pertama, beliau mendapat ilham mengumpulkan cerita2 menarik dari pelbagai majalah lalu diringkas dan dipadatkan dalam satu majalah yang "compact". Dalam kesibukan harian terlalu banyak artikel menarik dalam bermacam2 majalah dan buku. Ini tentunya satu cetusan idea bagus..bukan?




Image result for reader digest first issue

Edisi pertama

Saya pernah melanggan dulu. Tapi disebabkan kesibukan kerja terhenti separuh jalan. Baru2 ini anak saya Firdaus (yang juga suka buku ini dan National Geography) menyarankan saya melanggan kembali buku Reader's Digest. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Jadi, ini menjadi pilihan buku saya yang kedua (..dan setiap bulan).

Selamat membaca!

Solatku Oksigenku


Alhamdulillah. Selesai sudah selepas 6 hari. Terlajak 2.4 hari dari perkiraan (365 hari dibahagi 100 buku). Sebuah buku yang "deep". Kalau anda menjangka ianya menceritakan pasal hukum fiqh. anda akan kecewa. Buku ini mengupas makna tersirat di sebalik segala perlakuan solat termasuk bacaannya. Sangat bermanfaat sekiranya anda ingin menguatkan dan memberi nafas baru terhadap amalan solat seharian.

Terkadang memerlukan sedikit refleksi diri. Pengisiannya bagus dengan hujah2 yang jelas. Sesuai buat mereka yang nak memperkemas setiap niat, gerakan mahupun solat.

Points to learn:
  • maksud tersirat amalan solat
Rating: ✮✮✮
Book tally: 1/100
Countdown: 360 days left


#cabaran100bukudalam2020